<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/css/navbar/classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <!-- --><style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/css/navbar/classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3733903768610443536?origin\x3dhttp://khalifah-hambadhaif.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=2432823265374446606&blogName=Blendednotes&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Fblendednotes.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Fblendednotes.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3912990342876537107&blogName=Everyday%2C&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Fbeautifullyengraved.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Fbeautifullyengraved.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div> Life is about knowledge... ♥
x Disclaimer

Take Note ♥

.Saturday, February 9, 2008 ' 12:41 AM Y

Khutbah Jumaat 8hb February 2008 bersamaan 1 safar 1429

Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. Taqwa akan membentuk jiwa yang kuat daya tahannya dalam menghadapi cabaran. Taqwa juga akan membangkitkan jiwa yang cintakan kesejahteraan dan kebaikan. Ingat lah pesan Baginda Rasulullah s.a.w.

(Hadith riwayat Imam at-Tirmizi)
Maksudnya: “Bertaqwa pada Allah dimana sahaja kamu berada, lakukan kebaikan nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan yang lampau, dan hendaklah kamu pergauli orang dengan akhlak yang mulia.”

Kita mendengar bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. menjadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t. Pada hari ini pula, marilah kita lihat bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mendapat kepercayaan dan kecintaan orang ramai terhadap dirinya dan agama melalui akhlak mulia Baginda.

Saudaraku,
Baginda Rasulullah s.a.w. sememangnya telah dapat memenangi kecintaan umatnya dengan kemuliaan akhlak dan budi pekertinya.

Memang benar Baginda Rasulullah s.a.w. adalah rahmat buat seluruh alam. Baginda adalah petunjuk dan cahaya yang menerangi hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Setiap percakapan dan gerak geri merupakan didikan sempurna dari Allah s.w.t. Sepertimana firman Allah s.w.t.:

(Surah Ali-Imran, ayat 159)
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Rasulullah), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka yang disekeliling mu akan lari darimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga berbincanglah dengan mereka dalam urusan mereka itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah berbincang untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Baginda Rasulullah telah menyeru manusia pada keadilan, keihsanan, tolong menolong di dalam kebaikan, merendah diri, bermurah hati, bersifat malu, jujur dan amanah. Baginda mendidik kita agar mengasihani yang lemah, mudah memberi ma’af, menepati janji dan bersegera melakukan segala macam kebaikan.

Baginda Rasulullah s.a.w. amat bercahaya wajahnya. Baginda selalu tersenyum dan lemah lembut suaranya. Baginda tidak kasar atau keras hati. Baginda tidak pernah berkata keji, mencaci maki atau menghina orang lain. Bahkan Baginda mengajar umatnya agar menyucikan hati dari sifat-sifat buruk dan dari dendam kesumat.
Saudaraku,
Dengan sifat Baginda sedemikian, maka hati teman penuh dengan kasih dan sayang pada Baginda, manakala hati lawan mudah tertawan.

Pada suatu ketika, Baginda Rasulullah s.a.w. sedang tidur di bawah pokok di waktu tengahari bersama beberapa sahabat. Tiba-tiba datang seorang musuh yang bernama Ghaurath Bin al-Harith lalu menghunuskan pedangnya dileher Baginda. Baginda pun tersedar. Ghaurath lalu berkata: ‘Siapakah yang dapat pertahankan kau dari aku?’. Baginda lalu menjawab : ‘Allah!’. Maka jatuhlah pedang dari tangan Ghaurath dan dia terpaku di tempatnya. Baginda pun mengambil pedang Ghaurath lalu bersabda: ‘Siapakah yang dapat pertahankan kau dari aku?’ Ghaurath pun menjawab: ‘Bertindaklah dengan sebaik-baiknya wahai putera Abdullah!’ Baginda pun melepaskannya dan memaafkannya. Hati Ghaurath menjadi lunak dan lembut terhadap Rasulullah. Apabila Ghaurath kembali pada kaumnya, dia pun berkata: ‘Saya telah datang dari sisi sebaik-baik manusia.’
Begitulah sifat mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. menolak kejahatan dengan kebijaksanaan dan keihsanan. Sehinggakan ia dapat mengubah kebencian seseorang menjadi cinta dan persahabatan.
Sungguh benar firman Allah s.w.t.:
(Surah Fussilat, ayat 34)
Maksudnya: “ dan tidaklah sama antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang terbaik; apabila Engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Saudaraku,
Marilah kita memerhatikan dengan sebaik-baiknya petunjuk dan panduan Baginda, agar menjadi pedoman buat kita semua dalam kehidupan masakini. Sekarang ini, terlalu banyak berlaku pertelingkahan, perbalahan dan kebencian sesama manusia. Kita baca, dengar dan lihat di dunia sekitar kita. Hubungan sesama manusia yang tidak positif ini berlaku di semua peringkat; dalam urusan keagamaan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Di antara sebabnya adalah manusia merasakan dia yang terbaik, maka tiada kebaikan pada orang lain. Manusia merasakan dia cukup, maka tiada sesuatu yang boleh dipelajari dari orang lain. Sebahagian pula merasakan dia sahaja yang betul, maka tiada yang benar pada orang lain. Perasaan ini melahirkan sifat eksklusif seseorang atau sesebuah masyarakat. Dengan sifat eksklusif ini, pergaulan, komunikasi dan interaksi dengan orang lain tidak dirasakan perlu. Bahkan akan lahir perasaan benci dan sifat suka memandang rendah atau menghina seseorang atau sesuatu kaum.

Saudaraku,
Bukankah ini jelas bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.? Bukankah ini bertentangan dengan cara dan perwatakan Baginda? Rasulullah s.a.w. adalah contoh sifat inklusif yang terbaik sekali. Baginda dapat menerima semua manusia di dalam usaha dakwah Baginda. Dan Baginda menyesuaikan pendekatan mempergauli mereka, mengikut kedudukan dan situasi mereka.

Maka seharusnya, saudaraku, kita mencontohi Baginda. Marilah kita bersihkan jiwa dan lunakkan hati di dalam berinteraksi dengan orang lain, samada keluarga, jiran tetangga, masyarakat, bangsa-bangsa lain dan seterusnya. Berbekalkan asas iman dan taqwa, serta ilmu agama yang mantap, tentu sekali kita berkeyakinan untuk bergaul mesra dengan semua orang, di dalam usaha mempertingkatkan diri kita sendiri. Ingatlah, dengan sifat belas ihsan dan rahmah juga, kita akan sentiasa mendapat belas ihsan dan rahmah Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sekian Wassalam..
Edaran Ust Khairul Khalifah

Labels:


You're all I ever wanted ;


N Mur-murings

Speak Up ♥






N Site Master

This is me ♥

Profiles here !
I'm Khairul Khalif... Born 13/02/1986.. Currently working full-time with a Government Agency.... Doing my part time studies at Ngee Ann Polytechnic... SIngle and Available... Love to look for much younger future wife.. ;-)

N Cravings

What I want ♥

I want to die with my forehead on the ground. The sunnah in my heart. Allah in my mind. Quran on my tongue. And tears on my eyes. Dear people who hated Al-Quran, Tear it, Destroy it, Or throw it in the sea, It will remain in my heart, Till the last of my breath. :D
anYbodi dat waNNa to meeT ya!! I wanna meet Especially those who are committed and responsible... This type of friends will be a asset to me... to religion... to nation and to community.. For type of girl i want... hhmm... Just a simple girl with both knowlegde of Ukhrawi and duniawi where she can guide my children well.... Respect others... Committed and responsibe... The one that in her heart is soft but outside is strict and stern... THE ONE THAT LOVE TO DO HOUSE WORK!!! That is wat im looking for... =) anyone meets my criteria?? try me... =).. .
.

N Sahabats...


N Music Spinning

Listen up ♥




N Credits

Arigatou ♥

Owner & President : ♥Mr khairul khalifah♥
Designer : ♥Mr raez♥
Idea from : ♥Ms juwairiah♥